Nuffnang

April 20, 2011

Halalan Toyyiba Membebankan?


Assalamualaikum... saya ada persoalan yang saya teringin sangat akan jawapan atau pandangan. Adakah  perlaksanaan pemakanan Halalan dan Toyyiba itu membebankan? Tidak cukup dengan sijil dan logo Halal, yang diiktiraf hanya dari Jakim, sekarang ini ada pula IMP yang menitik beratkan tentang bukan sahaja kebersihan secara fizikal tetapi termasuk kebersihan secara spiritual. Maksudnya..pekerja mesti Muslim, kerana mereka mesti seseorang yang bersolat dan sentiasa berwudhuk semasa melakukan pekerjaan tersebut.

Bagi produk kesihatan keluaran Muslim...saya sokong...bagaimana pula dengan produk-produk lain yang kita makan tiap-tiap hari seperti kudap-kudapan (snacks), air-air dalam kotak, dalam tin, rempah-rempah dan lain-lain lagi macam mana, dan bagimana nak ambil pekerja? Tidak kah ini akan menimbulkan ketidak puasan hati bagi peniaga lain? Tidak kah ini boleh menimbulkan masalah penipuan dan sebagainya. Adakah Rasulullah terlalu menitik beratkan tentangnya. Dan bagaimana pula apabila ke luar negara, nak cari yang ada logo Halal pun susah.

Bukankah Islam itu mudah. Yang Halal itu jelas dan yang Haram itu jelas...mengapa nak timbulkan was was kalau tak ada logo Halal atau logo IMP?